Accessibility Tools

Skip to main content

IMBASAN PROGRAM JELAJAH ASPIRASI KELUARGA MALAYSIA

KOTA BHARU, 24 Jul - Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK), Tuan Haji Ab Aziz bin Yunus berkesempatan dalam Bual Bicara DJ Kid menerusi DJ Corner KELANTANfm di Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia. Siaran boleh ditonton melalui pautan berikut https://www.facebook.com/KELANTANfm/videos/616479556358102/   Pengurus Kanan Perancangan Korporat Kumpulan, Pn Nik Farzimar binti Nik Omar turut ditemu duga oleh wartawan RTM di reruai PKINK.   Turut hadir, Pengurus Kanan Pengurusan Sumber Manusia Kumpulan, En Ahmad Nazri bin Haji...

Continue reading

YAB PERDANA MENTERI JELAJAH KE NEGERI KELANTAN

KOTA BHARU, 23 Jul - Bersempena tema Kerajaan sesi ini #KeluargaMalaysia, Program Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia telah diadakan di Kota Bharu selama 3 hari bermula 22 hingga 24 Julai 2022.   Perdana Menteri berkata, Sebagai negeri yang bergelar Serambi Mekah, Keluarga Malaysia Kelantan pastinya sudah serasi dengan konsep 'Tasamuh', yang menekankan nilai toleransi dan kebersamaan yang menjadikan tunggak kepada konsep Keluarga Malaysia itu sendiri.   "Kerajaan telah memperuntukkan sebanyak RM124 juta bagi membantu rakyat Kelantan seramai melebihi 550,000 orang yang...

Continue reading

PROGRAM KAYUHAN TAN SRI KETUA SETIAUSAHA NEGARA DAN YB DATO’ KAYA SETIA BERSAMA PENJAWAT AWAM KELANTAN SEMPENA JELAJAH ASPIRASI KELUARGA MALAYSIA

KOTA BHARU, 24 Julai – Santai dan meriah! Itulah gambaran Program Kayuhan Tan Sri Ketua Setiausaha Negara dan YB Dato’ Kaya Setia Bersama Penjawat Awam Kelantan Sempena Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia hari ini yang turut disertai oleh YABrs Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PKINK.   Majlis pelepasan Program Kayuhan Tan Sri Ketua Setiausaha Negara dan YB Dato’ Kaya Setia tersebut yang melibatkan peserta seramai hampir 300 orang itu telah disempurnakan oleh YB Ustaz Wan Roslan Wan Hamat, Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan NGO Negeri Kelantan.   Kayuhan sejauh...

Continue reading

PKINK MENYERTAI HARI PELADANG, PENTERNAK & NELAYAN KELANTAN 2022

BACHOK, 22 Jul - Sebagai tanda penghargaan kepada para peladang, penternak serta nelayan tempatan yang giat menyumbang kepada kesuburan ekonomi Kelantan, Kerajaan Negeri telah menganjurkan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Kelantan (HPPNK) 2022 di Pantai Irama, Bachok di sini bermula 21 Julai 2022.   Program selama 3 hari ini diterajui oleh Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Bioteknologi, Teknologi Hijau dan Alam Sekitar, YBM Haji Tuan Mohd Saripudin bin Tuan Ismail. Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) turut menyertai pameran dengan...

Continue reading

KUNJUNGAN HORMAT TERAJU KE PKINK

KOTA BHARU, 21 Jul - Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) telah menerima kunjungan dari Unit Peneraju Agenda Bumiputera (TERAJU) di Tingkat 11, Bangunan PKINK di sini pada hari ini. Kunjungan ringkas ini bertujuan bagi membincangkan peluang-peluang kerjasama yang dapat dijalin di antara TERAJU dan PKINK. TERAJU berperanan menggalakan penyertaan Bumiputera dalam industri strategik yang berimpak tinggi ke arah menghasilkan ekosistem pembangunan Bumiputera yang mampan, dengan pengagihan ekonomi yang adil, saksama dan inklusif. Sebagai tanda penghargaan, YBrs. Timbalan Ketua...

Continue reading