Accessibility Tools

Skip to main content

KAYUHAN UKHUWAH PMINT - PKINK ERATKAN HUBUNGAN DUA NEGERI

KUALA TERENGGANU, 17 Jul – Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK), Haji Ab Aziz Yunus dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu (PMINT), Haji Wan Adnan Wan Derahman telah menyertai program Kayuhan Ukhuwah PMINT - PKINK 2022 di Perkarangan Bangunan PMINT di sini, semalam.   Lebih menarik, Kayuhan yang membabitkan 100 peserta dari PKINK dan PMINT turut disertai Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu, YM Tengku Seri Bijaya Raja Datuk Tengku Farok Hussin Tengku Abdul Jalil dan Pengurusan Kumpulan...

Continue reading

KUNJUNGAN HORMAT SMMSB KE PKINK

Kota Bharu, 4 Julai - Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) telah menerima kunjungan delegasi Sabah Mineral Management Sdn Bhd (SMMSB) yang hadir untuk lawatan kerja dan Pengkongsian Pengalaman dengan PKINK dalam menguruskan hasil mineral di Kelantan. YABrs. Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PKINK, Tuan Haji Ab Aziz Yunus dalam ucapannya, merakamkan setinggi-tinggi penghargaan buat rombongan SMMSB yang diketuai oleh YABrs En Jontih Enggihon, Ketua Pegawai Eksekutif SMMSB kerana sudi bertandang ke PKINK untuk mendengar perkongsian pengalaman PKINK dalam menguruskan sumber...

Continue reading

ANGGOTA PKINK HADIR TAKLIMAT DAN KURSUS EKSA DIY  

KOTA BHARU, 30 Jun - Menyahut seruan Kerajaan Persekutuan, Pelaksanaan Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) DIY telah mula dijalankan di peringkat Kerajaan Negeri Kelantan. Justeru, Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) menganjurkan Taklimat dan Kursus Audit Dalam Pelaksanaan EKSA DIY untuk anggota PKINK di Bilik Operasi hari ini.   Taklimat dan kursus tersebut telah dikendalikan oleh YBrs Pn Nur Hidayah binti Ramli, Fasilitator EKSA DIY Negeri Kelantan. Dalam taklimatnya, Pn Nur Hidayah menjelaskan bahawa Pelaksanaan EKSA DIY ini merupakan penjenamaan semula...

Continue reading

SEKOLAH DAN USAHAWAN PMKS MENERIMA SUMBANGAN DARIPADA PKINK

KOTA BHARU, 29 Jun - Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) amat cakna akan kebajikan Institusi Pendidikan dan Perusahaan Mikro Kecil dan Sederhana (PMKS). Melalui Yayasan Iktisad Darulnaim (YID), PKINK telah mengadakan Majlis Penyerahan Cek Sumbangan Kepada Sekolah dan PMKS di Dewan Makan VIP, PKINK pada hari ini.   Majlis ringkas itu telah disempurnakan oleh YABrs Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Tuan Haji Ab Aziz bin Yunus. Sumbangan telah disampaikan kepada SMU (A) Istiqamah, Badang; Maahad Pengajian Islam; SMU (A) Ismailiah; Pengusaha Kek, Biskut dan Popia...

Continue reading

KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF KUMPULAN MERASMIKAN KEDAI USAHAWAN PKINK

KOTA BHARU, 28 Jun - Pembangunan usahawan tempatan di antara peranan utama yang dimainkan oleh Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) dan hampir RM140,000 telah dibelanjakan bagi membantu Perusahaan Mikro Kecil dan Sederhana (PMKS) sejak tahun 2020. Semalam, YABrs Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PKINK, Tuan Haji Ab Aziz Yunus telah menyempurnakan Majlis Perasmian Pembukaan Kedai Syafiq's Cake Confessions di Bangunan KBCP, Kota Bharu.   En Mohd Syafiq Mohd Hasnan merupakan pengasas Kedai Kek Syafiq's Cake Confessions. Pada tahun 2018, beliau mendirikan sebuah...

Continue reading