Lawatan Pemantauan Korporat Ke SPP Development Sdn Bhd
KOTA BHARU 19 Feb – Pengurusan Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) melakukan lawatan pemantauan korporat kedua yang dikendalikan oleh Bahagian Perancangan Korporat pada tahun ini ke SPP Development Sdn Bhd kelmarin. Lawatan ini bertujuan mendapatkan maklumat berhubung dengan prestasi semasa syarikat disamping mengeratkan lagi hubungan antara Pengurusan Perbadanan dengan syarikat anak dalam Kumpulan PKINK.
Justeru itu, sesi pembentangan berhubung profil syarikat, operasi, projek yang sedang dijalankan dan perancangan projek telah diadakan. Lawatan ke tapak projek juga turut...