Accessibility Tools

Skip to main content

Mesyuarat Agung KPKINKB Meriah

KOTA BHARU 28 April - Ketua Pegawai Eksekutif kumpulan PKINK, Ab Aziz Yunus telah merasmikan Meysuarat Agung Tahunan Koperasi Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan Berhad (KPKINKB) Kali Ke 38, bertempat di Kelantan Trade Centre (KTC) di sini, semalam. Turut menyampaikan ucapan, Timbalan Pengarah Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) Cawangan Kelantan, Azri Adam dan Pengerusi KPKINKB, Zazali Japar. Mesyuarat yang dihadiri oleh 1200 ahli yang berdaftar itu turut dimeriahkan dengan acara cabutan bertuah.

Continue reading

PKINK Sertai Gotong-Royong Perdana "Kelantanku Bersih"

KOTA BHARU 25 April - Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif kumpulan PKINK, Nik Kamil Amirah Nik Ab Rahman telah menghadiri Majlis Pelancaran KELANTANKU BERSIH Dan Gotong -Royong Perdana, bertempat di Dataran Bandaraya Kota Bharu Bandar Raya Islam disini, hari ini. Majlis pelancaran itu disempurnakan oleh Menteri Besar Kelantan, Dato’ Ahmad Yakob. Turut hadir, Pengurus-pengurus Kanan Bahagian Kumpulan PKINK, Pengurus- pengurus Bahagian Kumpulan PKINK dan Pegawai-pegawai PKINK.

Continue reading

Kalafest 2019 Perkasakan Peranan Usahawan Kelantan

KOTA BHARU 24 APRIL – Kelantan Authentic Lifestyle and Arts atau dikenali sebagai KALA, merupakan trade mark bagi program-program promosi dan keusahawanan di bawah kelolaan Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK). Usaha di bawah bumbung jenama KALA ini akan menjadi pemangkin kepada usaha memajukan usahawan Kelantan untuk terus berusaha memajukan diri bagi mencapai status usahawan berjaya. Pengerusi Jawatankuasa Perindustrian, Perdagangan, Pelaburan dan Pembangunan Usahawan Negeri Kelantan, Dato’ Hanifa Ahmad berkata, KALAFEST 2019 ini amat signifikan dan bertepatan dengan...

Continue reading

Kumpulan PKINK Sokong Program Inisiatif Membaca 2019

KOTA BHARU 23 April – Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) buat sekian kalinya menyertai program inisiatif Mari Membaca Serentak Selama 10 Minit sebagai sokongan menjayakan kempen membentuk masyarakat ke arah minat membaca walaupun dalam tempoh yang singkat. Pengurus Kanan Pengurusan Sumber Manusia Kumpulan, Ahmad Nazri Ismail berkata, PKINK menganggap program anjuran Perbadanan Perpustakaan Awam Kelantan (PPAK) dengan kerjasama Perpustakaan Negara Malaysia itu wajar direbut anggota PKINK untuk memupuk budaya minat membaca. “Kita sebenarnya memperbanyakkan bahan-bahan...

Continue reading

Majlis Meraikan Khidmat Bakti Anggota Perbadanan

KOTA BHARU 21 April : Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) telah mengadakan Majlis Meraikan Khidmat Bakti Anggota Perbadanan. Majlis yang diadakan di Bilik Operasi, Bangunan PKINK bertujuan untuk meraikan persaraan dan mengenang jasa Nik Ab. Kadir Nik Husian, jawatan terakhir di PKINK adalah sebagai Operator Komputer dan Che Alias Ali, jawatan terakhir di PKINK adalah sebagai Pemandu Kenderaan. Majlis yang disambut suasana sederhana tapi penuh pengertian itu dimeriahkan dengan ucapan ringkas yang disampaikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PKINK, Ab. Aziz Yunus. Di...

Continue reading