Kalafest 2019 Platform Jualan Murah Ambang Ramadhan
KOTA BHARU – Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) akan menawarkan daging lembu tempatan pada harga RM25 sekilogram kepada Pengunjung Kelantan Authentic Lifestyle and Art Fest (KALA FEST) Kelantan 2019 pada 24 hingga 28 April ini.
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PKINK, Ab Aziz Yunus berkata, tawaran itu antara kelainan yang boleh didapati pengunjung sempena penganjuran festival kali keenam itu yang akan berlangsung di Pusat Transformasi Bandar (UTC) Kelantan di Jalan Hamzah di sini.
Menurutnya, harga tersebut sebenarnya jauh lebih murah berbanding di pasaran iaitu sekitar...