Accessibility Tools

Skip to main content

PKINK HARGAI SUMBANGAN ANGGOTA MELALUI MAJLIS PENYAMPAIAN APC 2024

PKINK HARGAI SUMBANGAN ANGGOTA MELALUI MAJLIS PENYAMPAIAN APC 2024
Kota Bharu – Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) terus komited menghargai sumbangan dan kecemerlangan anggotanya menerusi penganjuran Majlis Penyampaian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) 2024, yang telah berlangsung dengan penuh gemilang di Dewan Konvensyen Kelantan Trade Centre (KTC) di sini, semalam. Majlis ini dirasmikan oleh YAB Dato’ Panglima Perang Ustaz Dato’ Hj. Mohd Nassuruddin Hj. Daud, Menteri Besar Kelantan merangkap Pengerusi Lembaga Pengarah PKINK. Beliau dalam ucapannya menyatakan bahawa majlis ini bukan sahaja sebagai penghargaan kepada prestasi...

Continue reading

PKINK TERIMA KUNJUNGAN DARIPADA EXCO KEBAJIKAN, PEMBANGUNAN KELUARGA & WANITA NEGERI KELANTAN

PKINK TERIMA KUNJUNGAN DARIPADA EXCO KEBAJIKAN, PEMBANGUNAN KELUARGA & WANITA NEGERI KELANTAN
Kota Bharu, 17 Jun 2025 – Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) hari ini menerima kunjungan Exco Kebajikan, Pembangunan Keluarga dan Wanita Negeri Kelantan, YB Rohani Ibrahim, bersama-sama delegasi Urus Setia Kebajikan, Pembangunan Keluarga dan Wanita (U-KeKWa) Negeri Kelantan, bertempat di Bilik Gerakan, Tingkat 11, Bangunan PKINK. Kunjungan ini disambut oleh YABhg. Dato’ Sr Haji Zamri Haji Ismail, Ketua Pegawai Eksekutif PKINK, bersama-sama barisan pengurusan PKINK. Pertemuan ini membincangkan beberapa agenda penting melibatkan pembangunan sosial dan komuniti, terutamanya...

Continue reading

KUNJUNGAN HORMAT SG4 GROUP SDN BHD KE PKINK

KUNJUNGAN HORMAT SG4 GROUP SDN BHD KE PKINK
Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) telah menerima kunjungan hormat daripada SG4 Group Sdn. Bhd. pada Rabu, 4 Jun 2025, bertempat di Bilik Perbincangan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Tingkat 11, Bangunan PKINK. Delegasi SG4 Group telah diketuai oleh Encik Muhd Khidir Izaidin, Ketua Pegawai Eksekutif SG4 Group Sdn. Bhd., bersama Encik Khusairi bin Mohd Ghazali, Ketua Pegawai Eksekutif East Coast Fertilizer Sdn. Bhd. Rombongan ini telah disambut mesra oleh YABhg. Dato’ Sr. Haji Zamri Haji Ismail, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PKINK. SG4 Group merupakan sebuah entiti...

Continue reading

PKINK DINOBAT JUARA SUKAN MINI GEMAPUTERA KELANTAN 2025

PKINK DINOBAT JUARA SUKAN MINI GEMAPUTERA KELANTAN 2025
KOTA BHARU, 5 Mei - Kontinjen Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) telah berjaya meraih kemenangan sebagai Juara Kesuluruhan bagi Kejohanan Sukan Mini Gemaputera Kelantan 2025. Penyampaian telah disempurnakan oleh YBM Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan, Tengku Kaya Perkasa Dato' Dr. Tengku Mohamed Faziharudean Tengku Feissal pada Majlis Perasmian Penutup Sukan Mini Gemaputera Kelantan 2025 di Dewan Konvensyen, Kelantan Trade Centre (KTC), Kota Bharu kelmarin. Kontinjen PKINK yang berjaya mendapat Johan bagi acara sukan Karom dan Tenpin Boling kategori Beregu Campuran dan...

Continue reading

DATO' SR. KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF KUMPULAN PKINK TURUT HADIR SUKAN MINI GEMAPUTERA KELANTAN 2025

DATO
Kota Bharu, 4 Mei - YABhg. Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PKINK, Dato' Sr. Haji Zamri Haji Ismail turut serta memeriahkan lagi Kejohanan Sukan Mini Gemaputera Kelantan 2025. Antara acara yang diadakan pada hari pertama kejohanan ini termasuklah acara karom dan dart kategori lelaki, wanita dan campuran. Acara tenpin boling juga turut diadakan bagi kategori beregu lelaki & beregu campuran. Turut hadir, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan (HEK) Encik Ahmad Nazri Haji Ismail; Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan (P&P), Ir Haji Hamdzah Abdul Rahman, serta Pengurusan PKINK.

Continue reading