Accessibility Tools

Skip to main content

PROGRAM SUKAN MUHIBBAH PKINK BERSAMA KPPB

PROGRAM SUKAN MUHIBBAH PKINK BERSAMA KPPB
GUA MUSANG, 13 Jan - Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) telah mengadakan Program Sukan Muhibbah bersama-sama Kumpulan Perladangan Kelantan Berhad (KPPB) di Dewan Serbaguna KPPB dan Padang Bola RPT di sini baru-baru ini.   Program tersebut melibatkan anggota PKINK dan KPPB dalam pelbagai acara sukan yang dipertandingkan secara persahabatan. Antara acara sukan tersebut termasuklah Bola Sepak, Dart, Karom, Ping Pong dan Congkak. Sebagai tanda penghargaan, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PKINK, YABhg. Dato' Sr. Haji Zamri Haji Ismail turut menyampaikan...

Continue reading

MAJLIS AMANAT KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF KUMPULAN PKINK BERSAMA KPPB 2025

MAJLIS AMANAT KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF KUMPULAN PKINK BERSAMA KPPB 2025
GUA MUSANG, 13 Jan - Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PKINK, YABhg. Dato' Sr. Haji Zamri Haji Ismail telah hadir menyampaikan ucapan di Majlis Amanat Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan 2025 anjuran Kumpulan Perladangan Kelantan Berhad (KPPB) di Dewan Serbaguna KPPB di sini baru-baru ini. Ketua Pegawai Operasi KPPB, Puan Nazura Zakuan turut memberi ucapan kepada seluruh anggota KPPB menerangkan pencapaian sepanjang tahun 2024 serta hasrat dan halatuju yang ingin dicapai oleh KPPB bagi tahun 2025. Turut hadir, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan (HEK), En Ahmad Nazri Haji...

Continue reading

MAJLIS UCAPTAMA KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF KUMPULAN PKINK 2025

MAJLIS UCAPTAMA KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF KUMPULAN PKINK 2025
KOTA BHARU, 5 Jan - Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) telah mengadakan Majlis Ucaptama Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PKINK di Dewan Jubli Perak, MPKB-BRI di sini baru-baru ini. Ucaptama telah disampaikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, YABhg. Dato' Sr. Haji Zamri Haji Ismail kepada seluruh anggota kumpulan menyatakan pencapaian sepanjang tahun 2024 serta hasrat dan halatuju yang ingin dicapai oleh Kumpulan PKINK bagi tahun 2025. Turut diadakan persembahan Nasyid berduet serta persembahan Deklamasi Sajak oleh Pengurus Pengurusan Harta Kumpulan, En...

Continue reading

KUNJUNGAN HORMAT PKINK KE NRSB

KUNJUNGAN HORMAT PKINK KE NRSB
SEREMBAN, 8 Jan - Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) telah mengadakan Kunjungan Hormat ke anak syarikat PKNNS, Negeri Roadstone Sdn Bhd (NRSB) bersempena Retreat Kumpulan PKINK di Kuari NRSB di sini hari ini. Rombongan yang diketuai Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PKINK, YBhg. Dato' Sr. Haji Zamri Haji Ismail telah disambut oleh Ketua Pegawai Eksekutif NRSB, Encik Muhamad Haqime Amdan. Kunjungan ini diadakan bagi membina hubungan baik antara PKINK dan NRSB serta membincangkan peluang-peluang kerjasama di masa akan datang. Sebagai tanda penghargaan, YBhg. Dato'...

Continue reading

KUNJUNGAN HORMAT PKINK KE PKNNS

KUNJUNGAN HORMAT PKINK KE PKNNS
SEREMBAN, 8 Jan - Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) telah mengadakan Kunjungan Hormat ke Perbadanan Kemajuan Negeri, Negeri Sembilan (PKNNS) bersempena Retreat Kumpulan PKINK di Klana Resort Seremban di sini hari ini. Rombongan yang diketuai Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PKINK, YBhg. Dato' Sr. Haji Zamri Haji Ismail telah disambut oleh Ketua Eksekutif PKNNS, Puan Rusmimah Mat Derus. Kunjungan ini diadakan bagi membina hubungan baik antara PKINK dan PKNNS serta membincangkan peluang-peluang kerjasama di masa akan datang. Sebagai tanda penghargaan, YBhg. Dato'...

Continue reading