Kursus Perakaunan Untuk Usahawan
Kota Bharu, 13 Julai- Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) melalui Bahagian Usahawan, IKS dan Perhubungan Antarabangsa telah mengadakan satu kursus bertajuk Perakaunan Untuk Usahawan.
Kursus di bawah Program Latihan Keusahawanan Khas (LASAK) ini telah diadakan untuk memberi kemahiran tambahan kepada para usahawan dalam menguruskan kewangan dan perakaunan secara bersistematik.
Kursus percuma selama sehari ini telah diadakan di Makmal Siber, Tingkat 7, Bangunan PKINK dan dihadiri oleh 29 usahawan Kelantan dari pelbagai sektor perniagaan. Kursus ini dikendalikan oleh En. Ahmad...