Accessibility Tools

Skip to main content

Rumah Terbuka Aidilfitri YAB Ustaz Dato' Bentara Kanan Menteri Besar Kelantan

2 Syawal 1440H/6 Jun 2019-YABrs Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PKINK bersama isteri berkesempatan mengunjungi Rumah Terbuka Aidilfitri YAB Ust Dato' Bentara Kanan Menteri Besar Kelantan yang diadakan di Kediaman beliau di Kampung Alor Pasir, Pasir Pekan, Tumpat Kelantan siang tadi. Rumah Terbuka ini turut dihadiri oleh Ahli-ahli EXCO Kerajaan Negeri, Ahli-ahli Parlimen dan Ketua-Ketua Jabatan. Tidak ketinggalan kehadiran anak-anak Kelantan di perantauan dan penduduk tempatan yang merupakan pengunjung yang sentiasa mewarnai majlis tahunan berkenaan. Kehadiran rakyat bukan Islam yang...

Continue reading

PKINK Santuni Anak Yatim Raisa

TUMPAT 3 Jun : Kanak-kanak adalah antara golongan paling gembira apabila menyambut Aidilfitri. Namun, kegembiraan anak-anak yatim tidak sama dengan anak-anak yang masih mempunyai ibu bapa di sisi bagi merayakan kemenangan selepas sebulan berpuasa. Menyedari hakikat itu, Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) secara berterusan menyantuni dan merai anak yatim sekali gus membawa senyuman untuk anak kecil yang kurang bernasib baik itu. Untuk kali ini, PKINK menyantuni 43 anak yatim Rumah Kebajikan Anak Yatim Dan Dhuafa’ Lilbanat Siti Aminah (RAISA), Pasir Pekan. Kunjungan PKINK...

Continue reading

PKINK Santuni Warga Pondok Darul Ilmi

TANAH MERAH: Salah satu budaya menuntut ilmu dalam Islam adalah Rihlah yang bermaksud meninggalkan tempat kelahiran untuk menuntut ilmu daripada mereka yang alim dalam bidang masing-masing. Ramai ilmuwan dan agamawan sanggup mengejar ilmu dengan mengembara jauh meninggalkan tanah air dan kampung halaman mereka. Keberkatan ilmu itu menjadikan penuntutnya dimuliakan masyarakat. Menyedari hakikat itu, Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) menyantuni warga emas yang menuntut ilmu agama di pondok pengajian agama sebagai satu sokongan kepada warga emas yang berusaha mendalami...

Continue reading

PKINK Agih Juadah Berbuka Untuk Penjaga Pesakit di HRPZ II

KOTA BHARU 27 Mei - Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) mengagihkan sebanyak 200 pek makanan berbuka puasa kepada penjaga kepada pesakit yang sedang menerima rawatan di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) Kota Bharu. Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PKINK, Ab. Aziz Yunus berkata, program yang julung kali diadakan oleh PKINK itu bukan sahaja sebagai tanda prihatin terhadap masyarakat tetapi bertujuan meringankan beban penjaga kerana terpaksa menunggu pesakit yang menyukarkan mereka untuk membeli juadah berbuka puasa. “Kami berasa terpanggil untuk menyediakan...

Continue reading

Balu Bekas Anggota & Anak Istimewa Anggota PKINK Terima Sumbangan Hari Raya Daripad PKINK

KOTA BHARU: Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) memberi sumbangan bagi memberi sedikit keriangan serta meringankan beban kepada balu bekas anggota dan anggota yang mempunyai anak istimewa serta petugas am di PKINK. Menjelang Syawal yang bakal tiba, seramai 13 orang telah menerima sumbangan yang telah disampaikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PKINK, YABrs. Haji Ab Aziz Bin Yunus dalam satu majlis yang diadakan di Bilik Operasi, Bangunan PKINK di sini hari ini. Sumbangan ini sebagai tanda keprihatinan, kesyukuran dan rasa tanggungjawab PKINK terhadap warga kerja...

Continue reading